TIPS 29 SAINS SPM KEIMUNAN – SUNTIKAN VAKSIN

1. Keimunan (immunity) adalah keupayaan badan untuk menentang jangkitan patogen dengan menghasilkan antibodi tertentu.
Seseorang yang mempunyai keimunan terhadap sejenis penyakit tidak akan menghidapi penyakit itu. Contohnya, individu yang pernah dijangkiti demam campak (measles) kemungkinan besar tidak akan dijangkiti lagi. 
Ini adalah kerana individu tersebut dikatakan a bacterium, virus, or other microorganism that can cause disease.

2.  Fetus dalam kandungan ibu menerima keimunan secara semula jadi.  Antibodi yang terdapat di dalam plasma darah ibu merentasi plasenta dan masuk ke dalam fetus.  Selepas lahir, bayi akan terus mendapat bekalan antibodi dalam susu ibu apabilabayi ini menyusu.
3. Pesakit yang terlalu lemah dan tidak dapat menghasilkan antibodi sendiri akan diberikan suntikan antibodi buatan (antiserum). Dalam kes kecemasan seperti digigit haiwan berbisa, tetanus, penyakit rabies, dan keracunan makanan, suntikan antiserum atau antitoksin perlu diberikan segera bagi memusnahkan toksin dan bisa haiwan.
4. Keimunan aktif diperoleh selepas seseorang sembuh daripada sesuatu penyakit. Memori tentang patogen yang disimpan akan menghasilkan antibodi dengan cepat dan banyak jika terdapat patogen yang sama menyerang.
5.  Suntikan pertama  Apabila vaksin disuntik ke dalam badan, limfositakan membina antibodi untuk menentang patogen.  Selepas suntikan pertama, sel limfosit mengambil masa untuk mengenali patogen dan sedikit antibodi terhasil
6.  Suntikan kedua  Selepas suntikan kedua, memori yang disimpan dalam limfosit telah mengenali patogen  Seterusnya menghasilkan antibodi lebih cepat dan banyak

Posted on January 4, 2021 by Ismi Ismail
137 views