10 [SEM1 MIKROEKONOMI] KEANJALAN PERMINTAAN

Konsep keanjalan permintaan ialah ukuran sejauh mana kuantiti yang diminta berubah apabila penentu permintaan seperti harga barang itu sendiri, harga barang lain, dan pendapatan pengguna berubah. Konsep keanjalan permintaan terbahagi kepada keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang dan keanjalan permintaan pendapatan.

Konsep keanjalan permintaan harga digunakan untuk menunjukkan kesan perubahan harga sesuatu barang terhadap jumlah hasil pengeluar. Hubungan antara dua barang sama ada barang penggenap, barang pengganti atau barang tiada kaitan/barang neutral dapat dikenalpasti berdasarkan nilai keanjalan permintaan silang. Pengelasan jenis barang, sama ada barang normal, barang mesti, barang mewah atau barang bawahan dapat dibuat berdasarkan nilai keanjalan permintaan pendapatan.

Posted on January 6, 2021 by Cikgu Tang
175 views