Apa yang perlu saya sediakan?
1. Curriculum Vitae yang mengandungi elemen berikut:
i. Kepakaran dan pengetahuan dalam mata pelajaran yang ingin diajar. Kepakaran ini diperoleh melalui program pendidikan formal atau ijazah perguruan. Suatu kelebihan kepada tutor yang mempunyai kelayakan khusus untuk subjek tersebut.
ii. Kemahiran mengendalikan Perisian Video Conferencing seperti ZOOM, GoogleMeet dan Microsoft Classroom.
iii. Kemahiran mengendalikan Perisian anotasi seperti MYVIEWBOARD (Premium Percuma hingga 31 Sept 2021), OBS, Diigo, Adobe Reader, EdPuzzle, ClickUp, dan lain-lain.
Muatnaik CV ini di bahagian Lampiran Sokongan pada halaman pendaftaran Tutor Arvia
2. Video Pengenalan Diri berdurasi 60 – 180 saat
i. Bahagian pertama: Terangkan Tentang Diri Anda
ii. Bahagian Kedua: Penerangan ringkas berkaitan Tutor/Pengalaman Kerja
iii. Bahagian ketiga: jawab soalan seperti “Mengapa anda ingin menjadi tutor?”, “Apa pendapat anda mengenai Tutor Dalam Talian dan bagaimana ia dapat mengubah dunia pendidikan?” dan “Apa yang anda harapkan dari ArviaClass?”
Muatnaik Video ini di Youtube dan kemukakan pautan video pada ruangan Video Pengenalan Diri di halaman pendaftaran Tutor Arvia.
3. Video Contoh Mengajar berdurasi 5 hingga 10 minit
i. Pilih apa-apa subjek dan topik yang ingin diajar.
ii. Gunakan bahan bantu mengajar seperti perisian anotasi dan penggunaan media seolah-olah sedang menjalankan tuisyen bersama pelajar.
Muatnaik Video ini di Youtube dan kemukakan pautan video pada ruangan Video Contoh Mengajar di halaman pendaftaran Tutor Arvia.
Apa yang perlu saya buat?
– Menjawab soalan pelajar yang berkaitan dengan kandungan kursus atau subjek
– Menyelesaikan masalah teknikal
– Balas mesej pelajar
– Tugasan dan ujian pelajar gred (Sekiranya ada)
– Menilai kemajuan pelajar
– Mencadangkan program atau penambahbaikan kurikulum kepada pelajar
– Menyimpan rekod yang diperlukan
Apakah kelebihan menjadi Tutor Arvia?
i. Mendapat akses penuh kepada platform mengajar ArviaClass secara PERCUMA.
ii. Menjalin rangkaian bersama guru-guru di seluruh Malaysia
iii. Memperoleh harga promosi bagi pakej kelengkapan peralatan mengajar Arvia bagi kualiti video yang lebih baik.
iv. Menyediakan kandungan pembelajaran yang akan diakses secara berterusan dan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa
JADI TUTOR DI MANA SAHAJA ANDA BERADA
Jalankan tuisyen peribadi secara dalam talian! Ayuh generasi baharu berjiwa pendidik kita bangunkan masa depan negara di sini.