Program Transformasi Pendigitalan Mahasiswa & Warga Pengajian Tinggi

Tingkatkan kemahiran Penggunaan aplikasi Microsoft Office 365 Khas Untuk Anda Di ArviaClass

Sertai kursus pertama seumpamanya di Malaysia bersama tenaga pengajar yang memiliki kelayakan mengajar Microsoft Office 365

APLIKASI

Pemantapan penggunaan aplikasi Microsoft Office yang biasa digunakaan untuk pekerjaan seharian.

PENGURUSAN

Pendedahan mendalam tentang aplikasi pengurusan bagi melancarkan urusan.

Kolaborasi

Perisian untuk memudahkan kolaborasi antara guru dan pelajar atau sesama rakan sejawat. 

Khas Untuk Semua Mahasiswa, Pensyarah Dan Kakitangan Institusi Pengajian Tinggi

Ayuh kita sertai Program Transformasi Pendigitalan Mahasiswa & Warga Pengajian Tinggi di mana anda akan menghadiri siri kursus yang mendedahkan tentang teknologi pendidikan terkini. Pendaftaran adalah percuma. 

Buka akaun di ArviaClass untuk mendaftar.

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun siswa di ArviaClass, klik di sini.

Lihat senarai kelas Microsoft 365 di sini

FAQ

Program ini merupakan salah satu inisiatif EDGE yang mempunyai objektif seperti berikut:

  • Memberikan pendedahan kepada peserta untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi dan pendigitalan;
  • Meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan nilai tambah (value added) dalam bidang teknologi dan pendigitalan dalam kalangan peserta;
  • Meningkatkan keyakinan peserta dalam mengaplikasikan kemahiran teknologi dan pendigitalan dalam pekerjaan;
  • Menyediakan bakal graduan kepada alam pekerjaan dan menaikkan motivasi serta minat mereka untuk menjadi tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknologi dan pendigitalan;dan
  • Mewujudkan jaringan kerjasama antara UPSI dan agensi terlibat khususnya memberi kelebihan peluang pekerjaan kepada graduan dari UPSI.

Program mensasarkan mahasiswa IPTA/IPTS dan warga Pengajian Tinggi yang berminat. Ini amatlah bermanfaat meningkatkan nilai tambah (value added) dan sebagai pendedahan awal kepada mahasiswa dan warga IPT dalam bidang yang berkaitan sebelum bergraduat dan melalui fasa kerjaya.

Program akan dijalankan di laman pendidikan dalam talian Arviaclass menerusi platform webinar Demio. ArviaClass menyediakan elemen pembelajaran 4-in-1 merangkumi Galeri Youtube, Sesi Webinar, Kelas Berstruktur dan Tuisyen Peribadi.