Tingkatkan kemahiran Penggunaan aplikasi Microsoft Office 365 Khas Untuk Anda Di ArviaClass
Sertai kursus pertama seumpamanya di Malaysia bersama tenaga pengajar yang memiliki kelayakan mengajar Microsoft Office 365
APLIKASI
Pemantapan penggunaan aplikasi Microsoft Office yang biasa digunakaan untuk pekerjaan seharian.
PENGURUSAN
Pendedahan mendalam tentang aplikasi pengurusan bagi melancarkan urusan.
Kolaborasi
Perisian untuk memudahkan kolaborasi antara guru dan pelajar atau sesama rakan sejawat.
Program ini merupakan salah satu inisiatif EDGE yang mempunyai objektif seperti berikut:
- Memberikan pendedahan kepada peserta untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi dan pendigitalan;
- Meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan nilai tambah (value added) dalam bidang teknologi dan pendigitalan dalam kalangan peserta;
- Meningkatkan keyakinan peserta dalam mengaplikasikan kemahiran teknologi dan pendigitalan dalam pekerjaan;
- Menyediakan bakal graduan kepada alam pekerjaan dan menaikkan motivasi serta minat mereka untuk menjadi tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknologi dan pendigitalan;dan
- Mewujudkan jaringan kerjasama antara UPSI dan agensi terlibat khususnya memberi kelebihan peluang pekerjaan kepada graduan dari UPSI.
Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) UPSI dengan Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM), Microsoft Malaysia, Israk Solutions Sdn. Bhd dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI 2020/2021.
Program mensasarkan mahasiswa IPTA/IPTS dan warga Pengajian Tinggi yang berminat. Ini amatlah bermanfaat meningkatkan nilai tambah (value added) dan sebagai pendedahan awal kepada mahasiswa dan warga IPT dalam bidang yang berkaitan sebelum bergraduat dan melalui fasa kerjaya.
Program akan dijalankan di laman pendidikan dalam talian Arviaclass menerusi platform webinar Demio. ArviaClass menyediakan elemen pembelajaran 4-in-1 merangkumi Galeri Youtube, Sesi Webinar, Kelas Berstruktur dan Tuisyen Peribadi.
Pelaksanaan program berasaskan 12 modul latihan penggunaan Software Microsoft yang akan dijalankan secara atas talian dan dijadualkan pada setiap hari Sabtu selama 2 bulan mulai bulan Oktober 2021 sehingga Disember 2021
Pelaksanaan program ini dilihat dapat memberikan impak positif seperti berikut;
- Penambahan ilmu dan kemahiran
Melalui program tersebut, peserta berpeluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi dan pendigitalan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar yang bertauliah.
- Peningkatan kebolehpasaran graduan
Program ini memberikan nilai tambah kepada bakal graduan dalam bentuk sijil kompetensi dalam kemahiran teknologi dan pendigitalan sebagai persediaan untuk bersaing dengan graduan lain dalam mendapatkan pekerjaan di pelbagai lapangan.
- Peningkatan kecekapan tenaga kerja
Dengan peningkatan kemahiran teknologi dan pendigitalan yang diperolehi melalui program ini, tenaga kerja dalam sektor pendidikan di Malaysia berupaya untuk melaksanakan tugas dengan lebih efisien, selari dengan keperluan semasa.
Khas Untuk Semua Mahasiswa, Pensyarah Dan Kakitangan Institusi Pengajian Tinggi
Ayuh kita sertai Program Transformasi Pendigitalan Mahasiswa & Warga Pengajian Tinggi di mana anda akan menghadiri siri kursus yang mendedahkan tentang teknologi pendidikan terkini. Pendaftaran adalah percuma.
Buka akaun di ArviaClass untuk mendaftar.
Sekiranya anda sudah mempunyai akaun siswa di ArviaClass, klik di sini.
Lihat senarai kelas Microsoft 365 di sini
FAQ