Pertandingan Pendidik Arvia – Youtube

Youtube Galeri Video

Menghasilkan agregasi video Youtube guru dan dikategorikan mengikut level dan subjek

Kriteria Pemarkahan

Galeri Youtube merupakan salah satu elemen pembelajaran yang disediakan di ArviaClass.  
Untuk kategori ini, peserta secara individu dikehendaki menghasilkan agregasi video Youtube sedia ada milik sendiri ataupun oleh guru-guru di seluruh Malaysia ke platfrom ArviaClass. 
Antara perkara yang bakal dinilai adalah:
  • Jumlah video yang disumbangkan
  • Jumlah tontonan di ArviaClass
  • Kualiti video yang disumbangkan
  • Teknik penyampaian ketika mengajar
  • Penggunaan teknologi dalam video
Di samping menyumbang video daripada Youtube, peserta perlu merakam satu video pendek yang menerangkan tentang kelebihan ArviaClass disertakan dengan cadangan dan harapan. 
Latihan dan panduan melibatkan perkara teknikal akan disediakan oleh ArviaClass sepanjang tempoh pertandingan.
Guru-guru boleh menyertai satu atau lebih kategori pertandingan. Setiap penyertaan akan mendapat point yang boleh menyumbang pada sekolah masing-masing untuk memenangi hadiah sekolah terbaik keseluruhan. Ia juga mampu menyumbang pada point keseluruhan  peribadi untuk kategori guru terbaik keseluruhan.
Galeri Youtube

Video Galeri Youtube

Menghasilkan agregasi video Youtube guru dan dikategorikan mengikut level dan subjek

Webinar

Melaksanakan sesi Webinar samada untuk pelajar mahupun guru dalam skala yang besar

Kelas Berstruktur

Merangka dan menyediakan kelas mengikut kurikulum dilengkapi video, nota dan kuiz setiap topik

Tuisyen Peribadi

Menyediakan khidmat tuisyen peribadi mengikut availability schedule yang disediakan oleh guru-guru

Usah berlengah lagi, ayuh daftarkan diri sebagai peserta sekarang. Selain mendapat ilmu yang sangat bermanfaat, guru-guru akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang hebat!