Pertandingan Pendidik Arvia – Tuisyen

Tuisyen Peribadi

Menyediakan khidmat tuisyen peribadi mengikut availability schedule yang disediakan oleh guru-guru

Kriteria Pemarkahan

Tuisyen peribadi merupakan salah satu elemen pembelajaran yang disediakan di ArviaClass.  
Untuk kategori ini, peserta secara individu dikehendaki menyediakan khidmat tuisyen peribadi di platfrom ArviaClass. Peserta akan meletakkan availability schedule masing-masing dan pelajar akan membuat tempahan berdasarkan jadual tersebut.
Antara perkara yang bakal dinilai adalah:
  • Bilangan sesi tuisyen yang dijalankan
  • Bilangan pelajar yang mengikuti kelas tuisyen peribadi
  • Bilangan star yang diperoleh daripada pelajar
Guru-guru mempunyai dua pilihan pemarkahan dalam kategori ini dari segi pembayaran pelajar.
  • Pertama, kelas tuisyen yang dijalankan secara percuma bakal memberikan mata yang besar dalam pemarkahan pertandingan.
  • Kedua, kelas tuisyen yang dikenakan cas pada pelajar bakal memberikan mata yang kurang berbanding kelas tuisyen percuma. Namun, peserta dapat menjana pendapatan sambil menyertai pertandingan ini. 
Latihan dan panduan melibatkan perkara teknikal akan disediakan oleh ArviaClass sepanjang tempoh pertandingan.
Guru-guru boleh menyertai satu atau lebih kategori pertandingan. Setiap penyertaan akan mendapat point yang boleh menyumbang pada sekolah masing-masing untuk memenangi hadiah sekolah terbaik keseluruhan. Ia juga mampu menyumbang pada point keseluruhan  peribadi untuk kategori guru terbaik keseluruhan.
Galeri Youtube

Video Galeri Youtube

Menghasilkan agregasi video Youtube guru dan dikategorikan mengikut level dan subjek

Webinar

Melaksanakan sesi Webinar samada untuk pelajar mahupun guru dalam skala yang besar

Kelas Berstruktur

Merangka dan menyediakan kelas mengikut kurikulum dilengkapi video, nota dan kuiz setiap topik

Tuisyen Peribadi

Menyediakan khidmat tuisyen peribadi mengikut availability schedule yang disediakan oleh guru-guru

Usah berlengah lagi, ayuh daftarkan diri sebagai peserta sekarang. Selain mendapat ilmu yang sangat bermanfaat, guru-guru akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang hebat!