Penggunaan Smart Classroom Dalam Pendidikan Abad Ke 21

Seiring dengan inisiatif kerajaan dalam Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21), keperluan bilik darjah telah menyaksikan perubahan yang ketara berbanding keperluan kelas traditional abad ke-20. Dalam kelas abad ke 21, guru berperanan sebagai fasilitator pembelajaran pelajar dan pencipta persekitaran bilik darjah yang produktif manakala pelajar belajar dalam suasana yang proaktif dan interaktif. Kaedah ini yang dimaksudkan sebagai Pembelajaran dan Pemudahcaraan atau PdPc.

Tumpuan kelas abad ke 21 adalah pada pelajar yang mengalami persekitaran pemikiran aras tinggi dan kemahiran berkomunikasi yang berkesan. Elemen ini perlu digabungkan dalam persekitaran penggunaan teknologi dan peranti sebagai bahan bantu mengajar. Pada dasarnya, berikut merupakan 4 Elemen Utama dalam kelas abad ke 21:

1. Susun atur kelas yang fleksibel
2. Utiliti perabot yang pelbagai
3. Integrasi teknologi
4. Pencahayaan yang kondusif

Salah satu usaha untuk merealisasikan aspirasi kelas abad ke 21 ini adalah dengan menggunakan konsep Smart Classroom.

Smart classroom adalah bilik darjah yang dipertingkatkan dengan teknologi yang memupuk pembelajaran kolaboratif, penggunaan Learning Management System (LMS), platform penciptaan kandungan interaktif, dan pembelajaran jarak jauh. Semua ini boleh dicapai dengan platform dan peranti seperti Interactive Smartboard, Interactive Whiteboard, Wireless Collaboration, Visualizer dan banyak lagi.  Berbekalkan peralatan canggih dan teknologi perisian inovatif ini, guru dapat sentiasa meningkatkan cara pengajaran dan memerhatikan prestasi pelajar.

Secara umumnya. Interactive Smartboard yang digunakan di bilik darjah pintar mendorong kerjasama sesama pelajar  yang menjadikan mereka lebih mudah faham. Panel paparan yang bersifat interaktif membolehkan guru dan pelajar dapat bekerjasama untuk menyatakan idea dan maklum balas mereka untuk meningkatkan pemahaman mereka. Sistem bilik darjah pintar boleh digunakan untuk berinteraksi dengan kandungan multimedia interaktif dengan cara yang menarik, yang tidak pernah dapat dilakukan sebelumnya. Arvia Smartboard mempunyai banyak ciri yang sesuai untuk ini.

Leave a Reply

Nullam eget felis

Do you want a more direct contact with our team?

Sed blandit libero volutpat sed cras ornare arcu dui. At erat pellentesque adipiscing commodo elit at.