Pendaftaran Program Transformasi Pendigitalan Mahasiswa & Warga Pengajian Tinggi

Lengkapkan borang untuk mendaftar ke Program Transformasi Pendigitalan Mahasiswa & Warga Pengajian Tinggi.  

FAQ

Program ini merupakan salah satu inisiatif EDGE yang mempunyai objektif seperti berikut:

  • Memberikan pendedahan kepada peserta untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi dan pendigitalan;
  • Meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan nilai tambah (value added) dalam bidang teknologi dan pendigitalan dalam kalangan peserta;
  • Meningkatkan keyakinan peserta dalam mengaplikasikan kemahiran teknologi dan pendigitalan dalam pekerjaan;
  • Menyediakan bakal graduan kepada alam pekerjaan dan menaikkan motivasi serta minat mereka untuk menjadi tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknologi dan pendigitalan;dan
  • Mewujudkan jaringan kerjasama antara UPSI dan agensi terlibat khususnya memberi kelebihan peluang pekerjaan kepada graduan dari UPSI.

Program mensasarkan mahasiswa IPTA/IPTS dan warga Pengajian Tinggi yang berminat. Ini amatlah bermanfaat meningkatkan nilai tambah (value added) dan sebagai pendedahan awal kepada mahasiswa dan warga IPT dalam bidang yang berkaitan sebelum bergraduat dan melalui fasa kerjaya.

Program akan dijalankan di laman pendidikan dalam talian Arviaclass menerusi platform webinar Demio. ArviaClass menyediakan elemen pembelajaran 4-in-1 merangkumi Galeri Youtube, Sesi Webinar, Kelas Berstruktur dan Tuisyen Peribadi.