Pendaftaran Pertandingan Pendidik Arvia 2021

Berminat untuk menguji sejauh mana kemampuan anda dalam pengajaran menggunakan teknologi terkini? Atau memenangi pelbagai hadiah hebat untuk kegunaan peribadi atau sekolah?

Jom sertai pertandingan ini. Jangan risau, kami akan sediakan latihan secukupnya supaya semua mampu bersaing dan sama-sama mengembangkan kemahiran masing-masing ! 

FAQ

Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk:

i. Melahirkan pendidik yang bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.

ii. Menyediakan pendidik yang berkualiti dan berkebolehan mengajar secara atas talian.

iii. Memberikan pendedahan dan latihan IT kepada semua warga pendidik di Malaysia.

Semua guru daripada pelbagai peringkat dan mengajar sebarang subjek boleh menyertai pertandingan ini merangkumi guru pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan khas, pra universiti dan IPG.

Empat (4) kategori dipertandingkan iaitu:

i. Kelas Berstruktur.

Menyediakan kelas mengikut kurikulum dilengkapi video, nota dan kuiz setiap topik.

ii. Galeri video Youtube

Menghasilkan agregasi video Youtube guru dan dikategorikan mengikut level dan subjek

iii. Tuisyen Peribadi

Menyediakan khidmat tuisyen peribadi mengikut availability schedule  yang disediakan oleh guru-guru

iv. Webinar

Melaksanakan sesi Webinar samada untuk pelajar mahupun guru dalam skala yang besar

Kandungan pertandingan akan dikumpul sepanjang tempoh pembangunan bahan mulai Ogos sehingga bulan penilaian.

Bulan penilaian mengikut kategori:

Galeri Youtube – September

Webinar – Oktober

Tuisyen Peribadi – November

Kelas Berstruktur – Disember

i. Galeri Youtube (individu)

Jumlah video sumbangan terbanyak, tontonan terbanyak di ArviaClass, teknik penyampaian, penggunaan teknologi
serta video penerangan pendek terbaik tentang ArviaClass.

ii. Tuisyen Peribadi (individu)

Bilangan sesi, bilangan pelajar dan bilangan star peserta

iii. Webinar (berpasukan)

Bilangan webinar yang berkualiti, peringkat dan skala webinar, persedian (poster dan promosi), pengendalian webinar dan bilangan kehadiran.

iv. Kelas Berstruktur (berpasukan)

Penghasilan video menarik mengikut silibus DSKP berdurasi kurang daripada 15 minit per topik, penyedian bahan dan bahan PDP seperti nota, latihan, ujian dan  kuiz.

Kolaborator dari agensi kerajaan dan IPT akan di jemput untuk menjadi ahli panel dan merangka kriteria penilaian pertandingan.

Panel penilai terdiri daripada organisasi seperti Pusat STEM Negara (PSTEMN), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Bahagian Sumber dan  Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (BSTP KPM) dan Putra Business School (PBS).

Hadiah bernilai RM100, 000 untuk dimenangi.

i. Hadiah Sekolah Terbaik

3 sekolah terbaik yang dinilai oleh jumlah keseluruhan mata diperolehi guru daripada sekolah yang sama bakal menerima hadiah utama berupa Set Perkakasan Lengkap Kelas Studio Maya merangkumi:

  • Smart TV 65“
  • Portable TV Stand
  • Compact PC
  • AI 4K camera – AR VC-1702
  • Large green screen
  • Lighting Softbox
  • Lecture Recording/Stream System
  • Temperature Scanner with Face Recognition
  • Installation & Training

ii. Hadiah Guru Terbaik

Seorang guru terbaik yang dinilai berdasarkan jumlah keseluruhan mata diperolehi oleh guru dalam kesemua 4 modul bakal menerima hadiah utama berupa Set Perkakasan Lengkap Kelas Studio Maya merangkumi:

  • Smart TV 43“
  • Portable TV Stand
  • Compact PC
  • AI 4K camera – AR VC-1702
  • Large green screen
  • Lighting Softbox
  • Lecture Recording/Stream System
  • Drawing Tablet
  • Installation & Training

iii. Hadiah Guru-Guru mengikut kategori

Kelas Berstruktur – 1 kumpulan pemenang

Webinar – 1 kumpulan pemenang

Tuisyen Peribadi – 1 pemenang individu

Galeri Youtube – 1 pemenang individu

Pemenang setiap kategori yang dipertandingan bakal menerima:

  • Drawing Display Tablet 13.3″
  • Drawing Tablet
  • 4k Webcam and Circular Greenscreen
  • Digital Arvia Wallet RM100-RM200/each

Pengumuman keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah akan dibuat sepanjang tempoh pertandingan.

Hadiah setiap kategori akan disampaikan selepas bulan penilaian.

Hadiah utama melibatkan penilaian keseluruhan akan disampaikan pada bulan Disember.