Pembelajaran Dalam Talian vs Pembelajaran Tradisional

Kita telah memasuki zaman di mana segalanya boleh diakses secara dalam talian. Tambahan pula, wabak COVID-19 telah merancakkan lagi dunia internet dalam norma baharu ini. Bidang pendidikan juga turut beradaptasi dengan fasa peralihan daripada kaedah pembelajaran tradisional yang telah sekian lama dilaksanakan. Dalam kiriman ini, kita akan telusuri kelebihan yang dimiliki kaedah pembelajaran dalam talian berbanding pembelajaran tradisional.

1. Anda tidak terikat secara geografi

Seluruh kandungan dalam dunia pendidikan dapat diakses oleh peranti berbentuk komputer atau telefon pintar dengan sambungan internet, tidak kira di mana anda berada. Kini, kebanyakan institusi pendidikan sudah menawarkan pilihan pembelajaran dalam talian dalam kumpulan kecil. Pelbagai kursus formal dan kemahiran yang disediakan dalam talian dan anda dapat memiliki ilmu yang luas ini tanpa perlu meninggalkan rumah anda.

2. Lebih menarik dan interaktif

Kajian oleh California State University, San Bernadino, mendapati bahawa profesor yang sama telah mengajar dua kumpulan pelajar yang berbeza, satu telah belajar dalam talian dan yang kedua telah mengikuti kelas tradisional. Kajian menunjukkan bahawa penyertaan pelajar dalam talian lebih berani bersuara dan interaksi antara pelajar dan profesor lebih tinggi. Ini disebabkan bahan bantu mengajar dalam format multimedia yang menarik perhatian pelajar.

3. Maklum balas yang lebih pantas dan lebih kerap

Percaya atau tidak, pelajar dalam talian mempunyai hubungan yang lebih baik daripada pelajar kelas tradisional. Pelajar dalam talian biasanya dapat melakukan maklum balas langsung lalu membolehkan pensyarah menguji kemahiran mereka. Ini membolehkan pelajar yang berdepan kesukaran untuk terlibat aktif dengan lebih cepat dan lebih mudah. Maka, masa bersembunyi di belakang kelas telah berakhir. 

4. Menjimatkan kos

Apakah perbezaan utama antara sekolah tradisional dan dalam talian? Sudah tentu, kampus. Anda mungkin akan membayar ribuan ringgit setahun untuk penginapan dan pengangkutan jika anda mengikuti kuliah tradisional. Kolej dalam talian menghilangkan semua kos ini dan memberi anda diskaun lima angka semasa belajar.

5. Jadual waktu anda lebih terkawal

Oleh kerana pembelajaran dalam talian lebih fleksibel daripada pembelajaran di dalam kelas, pelajar dapat belajar mengikut kadar kemampuan mereka sendiri. Ini memberi kelebihan buat mereka yang memerlukan masa tambahan untuk memahami sesuatu topik yang diajar. Bukan itu sahaja, fleksibiliti mengikut jadual juga merupakan faktor yang sangat besar bagi mereka yang sudah punyai komitmen lain.  Contohnya,  golongan ibu tunggal masih boleh mengikuti kelas menerusi pembelajaran dalam talian dan pada waktu yang sama, anaknya terjaga di rumah.

 

Leave a Reply

Nullam eget felis

Do you want a more direct contact with our team?

Sed blandit libero volutpat sed cras ornare arcu dui. At erat pellentesque adipiscing commodo elit at.