Mengenai Kami

Kenali Kami

Hasil kerjasama pintar

Kami terdiri dari pelbagai latarbelakang dan profesional yang ingin berbakti dan menjadi penyumbang kearah transformasi teknologi informasi semasa demi merealisasikan agenda pendidikan abad ke-21. Kerjasama yang erat ini amat penting bagi memastikan kualiti dan hala tuju ArviaClass ini tersusun dan sejajar dengan matlamat kerajaan.

Syarikat Persendirian

Beberapa syarikat swasta bekerjasama untuk memajukan platform serta arah tuju portal ini.

Persatuan Guru

Dikelolakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia, banyak memberikan input-input bermanfaat.

Institut Pengajian Tinggi

Pelbagai IPTA & IPTS dijemput memberikan pendapat dan sokongan aktiviti yang dijalankan

Agensi Kerajaan

Sokongan dan kerjasama agensi kerajaan amatlah mendorong arah tuju ArviaClass.

Mari kita menjalani normal baru ...

Bergerak seiring dengan pembangunan guru abad ke-21 !

Kami menyediakan sebuah platform pembelajaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini dalam dunia pendidikan. Inisiatif ArviaClass ini selaras dengan perkembangan pendidikan dan pencapaian cemerlang dalam PdP guru.

Menerusi platform ini, pelajar dan guru bakal disediakan dengan empat komponen pembelajaran maya iaitu Kelas Berstruktur, Tuisyen Peribadi, Webinar dan Galeri Video Youtube. Berbekalkan kemudahan ini,  dunia pendidikan akan dibekalkan dengan suasana PdP maya yang kondusif sekali gus menjadi pendukung utama aspirasi pendidikan negara.

Platform untuk semua para pendidik di semua peringkat

Tidak kira peringkat pengajaran, dari pra-sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat IPT, semua di alu-alukan sebagai ahli dan menikmati kelebihan yang sama.

Team Pengurusan

Jom kenali kami …

Najib Habeb

Presiden & Pengasas

Halim Majid

Program Support

Noorsuhaily Ali

Perunding Pendidikan

Nadiah Hashim

Pemasaran