Mengapa Pembelajaran Dalam Talian Adalah Masa Depan Pendidikan

Norma baharu telah menjadikan kita mengadaptasikan kehidupan seharian dengan internet. Hampir semua urusan seharian kita telah dijalankan secara dalam talian termasuklah sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) kepada mereka yang bergelar murid, pelajar dan mahasiswa di seluruh dunia. Setelah hampir dua tahun, kita mula mendapati kebaikan PdP dalam talian lalu menguatkan pandangan bahawa inilah merupakan masa depan pendidikan. Kiriman ini akan mengupas perkara ini. Jom!

1. Fleksibel.

Pembelajaran dalam talian membolehkan guru dan pelajar menetapkan kelajuan pembelajaran mereka sendiri. Hal ini kerana kebebasan telah diberikan untuk masa janji temu yang sesuai dengan semua. Ini memberikan keseimbangan kerja dan belajar yang lebih baik. Kesefahaman dan toleransi antara pelajar dan guru juga meningkatkan produktiviti dan peningkatan autonomi untuk kedua-dua belah pihak.

2. Pelbagai pilihan program ditawarkan.

Subjek dan mata pelajaran yang boleh diajar amat luas, seluas kandungan dalam internet. Semakin banyak universiti dan institusi pengajian tinggi menawarkan program mereka untuk pelbagai peringkat dan kepakaran dalam talian. Terdapat pilihan untuk semua jenis pelajar, dari muzik hingga sains tulen. Program dalam talian juga merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan sijil, diploma atau ijazah formal tanpa hadir secara fizikal di kampus.

3. Mudah diakses

Anda boleh belajar atau mengajar dalam talian dari seluruh dunia. Anda tidak perlu melakukan perjalanan dari satu kawasan ke kawasan lain atau dalam keadaan terikat dengan jadual waktu yang ketat . Anda menjimatkan bukan sahaja masa, tetapi juga wang untuk dibelanjakan untuk keutamaan lain. Berbekalkan sambungan internet yang baik di bilik darjah maya, dilengkapi dengan kemahiran yang dimiliki oleh tenaga pengajar, maka para pelajar akan mendapat manfaatnya.’

4. Kaedah pembelajaran mengikut keperluan masing-masing

Pendidikan dalam talian juga fleksibel untuk keperluan dan tahap kemahiran setiap pelajar.
Kelas dalam talian biasanya lebih kecil daripada saiz kelas fizikal tradisional. Ini membolehkan satu pelajar bersama pengajar pada satu masa, sehingga dalam hampir semua keadaan anda dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan mendapatkan lebih banyak maklum balas. Pelbagai bahan seperti filem, gambar dan EBook dapat disediakan oleh tenaga pengajar lantas memberikan anda latihan yang dinamik dan sesuai dengan tahap masing-masing.

5. Lebih menjimatkan daripada pendidikan tradisional.

Berbeza dengan kaedah pendidikan secara langsung, pembelajaran dalam talian lebih murah. Selalunya,bayaran ansuran disediakan dengan pelbagai pilihan pembayaran. Anda juga boleh mendapat promosi dan potongan harga, di samping penjimatan wang yang sebelum ini digunakan untuk berulang-alik dan pembelian bahan-bahan kelas secara fizikal. Dengan kata lain, dengan pelaburan wang yang tidak besar, namun hasilnya sama atau malah lebih baik.

Leave a Reply

Nullam eget felis

Do you want a more direct contact with our team?

Sed blandit libero volutpat sed cras ornare arcu dui. At erat pellentesque adipiscing commodo elit at.