Kursus ini akan mengajar anda asas penggunaan teknologi pembelajaran dan pengajaran (PdP) atas talian secara komprehensif, dengan setiap topik dilengkapi video berstruktur dan kuiz. Menerusi kursus ini, anda bakal mendapat gambaran tentang proses penghasilan video, bagaimana cara menggunakan YouTube untuk tujuan PdP, mengendalikan sesi webinar, merangka dan menyediakan kelas berstruktur, menjalankan tuisyen peribadi atas talian dan banyak lagi!
Dalam tempoh kurang daripada dua jam, anda bukan sahaja bakal menerima sijil pengiktirafan sebagai Arvia Teacher Level 1, malah menjadi langkah pertama anda dalam meneroka dunia teknologi PdP atas talian yang akan diteruskan dalam siri-siri kursus yang seterusnya seperti kursus Arvia Teacher Level 2, Arvia Teacher Advanced dan sebagainya.
Ini adalah sebuah kursus yang komprehensif dan sangat sesuai untuk semua yang berminat dengan teknologi pendidikan alaf baharu. Jadi tunggu apa lagi? Sertai kursus yang akan memajukan karier anda sebagai pendidik dan meningkatkan pengetahuan anda ini sekarang!