Arvia Certified Training Programme: e-Learning

Tingkatkan kemahiran Penggunaan Teknologi dan aplikasi
e-Learning Khas untuk Anda Di ArviaClass

Sertai kursus pertama seumpamanya di Malaysia bersama tenaga pengajar berpengalaman yang terdiri daripada pensyarah dan guru cemerlang di seluruh negara

PENDIDIKAN LEBIH EFEKTIF

Mengaplikasikan teknologi untuk pengajaran yang lebih berkesan

  • Libatkan pelajar secara langsung dalam kuiz dalam Kahoot, Quizziz dan Classpoint untuk menguji kefahaman dan keterlibatan pelajar
  • Serlahkan kreativiti anda dalam menyediakan bahan visual kepada pelajar dengan siri aplikasi Adobe seperti Photoshop, Illustrator, Premiere Pro dan After Effect
  • Aktifkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan interaktif dengan pelbagai aplikasi sebagai bahan bantu mengajar seperti Wakelet, Book Creator dan Classdojo
  • Gabungkan semua elemen ini bersama aplikasi lain seperti Office 365 dan Google Workspace for Educator, maka sesi pembelajaran akan menjadi lebih berkesan

 

TINGKATKAN PRODUKTIVITI

Melahirkan pendidik yang produktif

  • Bantu pendidik menjimatkan masa dengan menyediakan kursus, memberi kerja rumah, melaksanakan penilaian dan berkongsi maklum balas
  • Pastikan penilaian pelajar yang konsisten dilengkapi dengan rubrik yang jelas 
  • Bantu pendidik melancarkan beban kerja dengan menghantar dan menjadualkan kerja kursus dan membina senarai tugas 
  • Pupuk nilai integriti akademik pelajar dengan imbasan pantas bagi menghadapi isu plagiarisme dalam hasil kerja mereka

Lihat Senarai Kelas Di sini