6 Sebab Anda Perlu Memiliki Pengetahuan Tentang Teknologi Terkini

Dunia berubah dengan sangat pantas. Selama 600 tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan inovasi penciptaan dan revolusi teknologi seperti mesin pencetak, radio, filem dan yang terkini, kemudahan internet. Sejarah menunjukkan kepada kita bahawa kemajuan sesebuah tamadun berkait rapat dengan seberapa banyak pengetahuan yang dapat disebar dan diakses oleh masyarakat. Konsep yang sama boleh diaplikasikan kepada kemajuan seseorang individu. Oleh yang demikian, artikel ini akan menerangkan tentang 6 sebab anda perlu sentiasa celik teknologi terkini.

1. Teknologi berkembang maju dengan sangat pantas

Beberapa dekad yang lalu, anda mungkin memiliki pekerjaan yang stabil dan hebat sebagai operator telefon, pekerja kilang atau juruwang. Namun realitinya kini, pekerjaan tersebut hampir pupus, dengan kira-kira kira-kira 47% pekerjaan akan hilang dalam 25 tahun akan datang (BigThink, 2021).  Pola ini akan berterusan untuk tahun yang mendatang, tambahan pula dengan norma baharu yang kita tempuh waktu ini di mana majoriti urusan seharian kita dijalankan dalam talian. Di saat kita sedang menyesuaikan diri, mesin dan robot sudah tahu menulis kod, mengurus sistem perakaunan, melakukan pembedahan dan mencipta muzik.

2. Mengaplikasikan kemahiran insaniah kepada teknologi

Kemahiran insaniah (baca: soft skill) amat diperlukan dalam dunia masa kini. Syarikat di seluruh dunia sangat menghargai tenaga kerja yang memiliki kemahiran pengurusan masa yang baik, komunikasi yang berkesan dan pendokumentasian yang kemas. Jika sebelum ini kemahiran ini berdiri sendiri mengikut individu, kini semuanya perlu diimplementasi kepada teknologi yang telah tersedia. Kewujudan aplikasi seperti Google Calendar, Trello dan sebagainya perlu dipelajari sebagai pelengkap kepada kemahiran insaniah yang telah dibina dalam diri sekian lama.

3. Persaingan akan menjadi lebih sengit

Sejak 50 tahun kebelakangan ini, sejumlah besar masyarakat  dunia telah mengeluarkan diri dari kelompok kemiskinan. Mereka yang terdiri daripada orang yang bermotivasi dan bertenaga ini telah terjun sama ke pasaran kerja seterusnya membuatkan persaingan untuk menyerlah semakin hebat. Oleh itu, pelaburan berterusan dalam mempelajari teknologi baharu perlu dilakukan, sama ada mengambil kelas tambahan pada masa lapang atau bahkan kembali institusi pengajian sepenuh masa. Ini berlaku walaupun anda sudah punyai kerjaya tetap.

4. Zaman bertukar-tukar berjaya telah tiba

Generasi terdahulu menghabiskan 20, 30, atau bahkan 50 tahun dalam profesion yang sama malah ada juga di syarikat yang sama. Hari ini, rata-rata golongan profesional mengubah kerjaya antara 5 dan 7 kali sepanjang hayat mereka.  Bayangkan berapa banyak pengetahuan teknologi yang diperlukan untuk memulakan pekerjaan baru. Adakah anda akan melakukan proses pembelajaran ini lima hingga tujuh kali dalam hidup anda di pasaran yang semakin kompetitif ini? Sekiranya anda ingin mencapai potensi sepenuhnya, ini bermaksud pembelajaran teknologi terkini perlu dijalankan pada setiap masa.

5. Kepakaran teknologi mempunyai nilai yang tinggi

Pada mulanya, aplikasi teknologi berlaku sekitar bidang teknikal seperti sains dan pembuatan namun kini tidak lagi. Lihat saja bagaimana teknologi dalam bidang perubatan terus berkembang meliputi bidang pediatrik, onkologi, ortopedik, radiologi, psikiatri, dan sebagainya. Ia tidak berhenti di situ. Teknologu telah ‘menjajah’ bidang yang lain termasuklah sejarah dan undang-undang sehingga bidang penjualan dan pemasaran.

6. Dunia automatik menanti kita

Hari demi hari, semakin banyak kerja menjadi automatik. Manusia mempunyai peluang untuk bersinar dengan berasimilasi dengan ledakan teknologi ini. Caranya? Kita perlu memanfaatkan pemikiran antara disiplin dan menyesuaikannya dengan teknologi yang giat berkembang. Dengan lebih banyak teknologi seperti Kecerdasan Buatan dan Logik Fuzzy, masa depan yang baharu menanti masyarakat dunia dan kita perlu bersedia menghadapinya.

 

[1] Big Think (2021). 47% of jobs will vanish in the next 25 years, say Oxford University researchers. https://bigthink.com/philip-perry/47-of-jobs-in-the-next-25-years-will-disappear-according-to-oxford-university

Leave a Reply

Nullam eget felis

Do you want a more direct contact with our team?

Sed blandit libero volutpat sed cras ornare arcu dui. At erat pellentesque adipiscing commodo elit at.